Missing
Assalamualaikum
Sebenarnya patut tulis correction PD endup nak writing about feeling..
untuk malam ni..bila bercerita tentang jodoh dengan junior yang nak kawin..
terimbau kesah lama..
Jahilnya aku yang dulu..mainkan perasaan seorang insan..maafkan aku ya..jujur dan sungguh..tiada niat mempersenda..cuma hati kurang percaya..
susahnya...tanpa sedar aku hidup dalam mimpi aku sendiri..mencari yang sempurna..
walhal diri bukan sempurna mana..aku bukan manusia maksum..mengimpikan manusia yang maksum menjadi peneman hidup..
mencari yang bijaksana, mencari yang indah rupa, mencari yang hartawan, mencari iman yang penuh di dada..tidak sedar diri sendiri itu hanya hamba yang kerdil dan mempunyai banyak kelemahan..
walhal sudah tertulis di dalam Al-quran bukan semua itu jadi pengukur untuk hidup bersama..
Allah...rindunya aku pada memori..pada memori yang lepas..terkadang menitis air mata mengimbau kesah lama antara aku dan dia..sabarnya dia melayan setiap kerenah, kata2 kesat, kasar diriku..
Hingga suatu masa masih setia menanti..namun akhirnya dia memutuskan untuk melepaskan dari berpaut pada dahan yang rapuh..ya betul..begitu la mahal harga kepercayaanku..egoiskah aku? sungguh tiada paksaan dalam menunggu..sehingga dia melepaskan..betul la kata orang..penantian itu suatu penyeksaan..namun, aku redha..mungkin hanya jodoh bersahabat...berdoa dari jauh sebagai seorang sahabat..namanya turut ku sebut di raudah dan di depan kaabah..mendoakan dirinya sentiasa bahagia disamping insan tersayang..mendoakan yang terbaik buat dirinya..namanya tak pernah lekang..sentiasa ada..maafkan aku kerana tidak membalas rasa yang sama..maafkan aku kerana lambat membuat keputusan..terima kasih sepanjang berbelas tahun penantian..kerana sesunguhnya saat itu aku masih mengira2 adakah aku layak berdiri disisi sebagai insan yang penting..sayang..siapa kata tak sayang..semoga keluarga kecilmu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah ya sahabat.

Comments
Post a Comment